Minyak sacha inchi kaya dengan asid lemak tidak tepu, iaitu asid alfa-linolenik dan asid linoleik iaitu sekitar 30-60%. Alfa linolenik merupakan sejenis omega 3, manakala asid linoleik merupakan sejenis omega 6. Selain itu, minyak sacha inchi juga kaya dengan protein, sekitar 25-30%, tokoferol, mineral, polifenol dan sterol tumbuhan.
Minyak sacha inchi merupakan sumber lemak tidak tepu yang baik, terutama untuk mereka yang vegetarian dan tidak gemar ikan. Ia juga sumber protein, dan tokoferol dan polifenol yang merupakan antioksidan semulajadi.
Sterol tumbuhan bermanfaat untuk kesihatan secara umum. Pengambilan sterol tumbuhan bermanfaat untuk meningkatkan lemak yang sihat di dalam tubuh badan.
Adakah pengambilan sacha inchi merawat penyakit?
Kajian mendapati pesakit yang mengambil minyak sacha inchi dengan makanan tinggi lemak mengalami penurunan kolesterol total (TC), tetapi minyak sacha inchi tidak menurukan lemak tepu (HDL) dan lemak selepas makan (postprandial TAG).
Secara umumnya, minyak sacha inchi mengandungi asid alfa linolenik dan protein yang lebih tinggi berbanding minyak sayuran yang lain.
Jika anda ingin menikmati kelainan dalam hidangan salad anda, saya pasti minyak sacha inchi merupakan pilihan yang menarik yang memberikan rasa yang unik.
Namun, minyak sacha inchi bukanlah satu-satunya sumber makanan kaya asid lemak tidak tepu, dan bukan satu-satunya sumber antioksidan semulajadi. Anda masih boleh mendapatkan manfaat yang ada pada minyak sacha inchi dari sumber makanan seharian kita.
Kesimpulannya, minyak sacha inchi merupakan minyak yang kaya dengan sumber nutrisi tambahan, tetapi tiada bukti perubatan yang menunjukkan ia berkesan merawat dan mencegah penyakit tertentu.
Rujukan
Alayón, A. N., Ortega Ávila, J. G., & Echeverri Jiménez, I. (2019). Metabolic status is related to the effects of adding of sacha inchi (Plukenetia volubilis L.) oil on postprandial inflammation and lipid profile: Randomized, crossover clinical trial. Journal of Food Biochemistry, 43(2), e12703. doi:https://doi.org/10.1111/jfbc.12703
Gonzales, G. F., & Gonzales, C. (2014). A randomized, double-blind placebo-controlled study on acceptability, safety and efficacy of oral administration of sacha inchi oil (Plukenetia volubilis L.) in adult human subjects. Food and Chemical Toxicology, 65, 168-176. doi:https://doi.org/10.1016/j.fct.2013.12.039
Wang, S., Zhu, F., & Kakuda, Y. (2018). Sacha inchi (Plukenetia volubilis L.): Nutritional composition, biological activity, and uses. Food Chemistry, 265, 316-328. doi:https://doi.org/10.1016/j.foodchem.2018.05.055

Hak Mengilang:
Kekawan Sihat Alami,
No 5 Lorong IS 11,
Taman Indera Sempurna,
25150 Kuantan, Pahang D.M.
60137944922
Kekawan Sihat Alami,
No 5 Lorong IS 11,
Taman Indera Sempurna,
25150 Kuantan, Pahang D.M.
60137944922